Pengambaran Program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk Slot Aktiviti Anak Anak Semasa Cuti Sekolah -Bermain Kinetic Sand


Pengambaran Program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk Slot Aktiviti Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah -Bermain Kinetic Sand

Alhamdulillah pada 23 November lepas, saya dan anak-anak berkesempatan menyertai pengambaran bagi slot MHI TV3 bagi slot Aktiviti anak-anak Semasa Cuti Sekolah yang menampilkan aktiviti bermain kinetic sand. Pengambaran ini diadakan di kedai sahabat kami Puan Siti Sarah Mohd Fauzi  dari kedaiberjaya.com ditemuramah bagi slot ini.Ini merupakan pengalaman yang mengujakan anak-anak
Manakala tayangan disiarkan pada 25 November pada pukul 7 pagi. Dibawah ada gambar-gambar sekitar rakaman dan video rakaman program MHI tersebut.

Sekiranya berminat untuk membeli kinetic sand boleh whatapps saya di nombor 019-3115766

Temuramah dengan Puan Sarah

Antara anak-anak yang terlibat didalam pengambaran


Sesi pengambaran

Sesi Pengambaran



Video



Video sekitar Pengambaran


Siaran Malaysia Hari Ini



Siaran Malaysia Hari Ini



KINETIC SAND , MHI ,TV3 , AKTIVITI CUTI SEKOLAH , AKTIVITI ANAK

Senaman Pinguin - Aktiviti hujung minggu

Senaman Pinguin adalah Senaman menarik aktiviti bersama anak-anak kecil juga sesuai untuk senaman ibu hamil. Video ini bukan milik kami. Berkongsi untuk manfaat bersama. 





Klik video dibawah untuk aktiviti senaman.



Selamat bersenam! :)

16 kaedah dalam mendidik anak berbudi bahasa.

Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda? Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil? Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?

Saya mengesyorkan ebook ini buat ibubapa yang sedang berhadapan dengan perubahan sikap anak seprti di atas. 3 - 5 tahun adalah tempoh kritikal untuk mengajar dan didik anak berbudi bahasa. Tempoh umur ini jugalah anak sedang berada di dalam zon perubahan tingkahlaku.

Penulis berkongsi 16 kaedah dalam mendidik anak berbudi bahasa. Saya sudah membacanya. Sangat menarik dan akan saya diamalkan untuk didik anak sendiri.

ISI KANDUNGAN

Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak
  • Prihatin Terhadap Perkembangan 6 Tahun Pertama Anak-Anak
  • Dendam Rohani
  • Cara Mendidik Anak Yang Baik
  • Memahami Perkembangan Fizikal Anak Anda
  • Perkembangan Dari Bayi Hinggalah Kepada Kanak-kanak
  • Ibu Bapa Perlu Memantau Perkembangan Anak
  • Panduan Serlahkan Potensi Si Kecil
Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak
  • Pemakanan
  • Ilmu & Pendidikan
  • Kesihatan
  • Keyakinan Diri Anak-anak
  • Kepercayaan Tunggak Utama
  • Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
  • Ibu Bapa Perlu Mendidik Anak Agar Berdisiplin, Berakhlak Mulia & Berbudi Bahasa
  • Mari Berkawan
  • Ibu Bapa Perlu Melatih Anak-Anak Sembahyang Dan Berpuasa
Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak
  • Kaedah Menangani Kenakalan Anak-anak
  • Panduan Mengawal Anak Yang Suka Marah-marah
  • Panduan Atasi Anak Aktif Yang Tidak Boleh Duduk Diam
  • Panduan Mengatasi Dua Beradik Yang Suka Bertengkar
  • Panduan Mengatasi Masalah Tidur Si Kecil
Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak
  • Didikan Seawal Kandungan Ibu
  • Mengelak Gangguan Berlaku Bahasa Si Kecil
  • Merangsang Kemahiran Bahasa Si Kecil
  • Ibu Bapa Perlu Bijak Menarik Minat Anak Membaca
  • Bagaimana Ibu Bapa Dapat Mengekalkan Tumpuan Si Kecil Semasa Belajar.
  • Mengapa Pendidikan Seni Penting Untuk Anak-Anak
  • ICT Dalam Dunia Realiti Kanak-Kanak
  • Panduan Keselamatan Internet Bagi Kanak-kanak
Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak
  • Tubuh Yang Sihat & Kuat Untuk Anak Aktif
  •  Petua Membentuk Anak Gembira Dan Sihat
  • Cara Menyelesaikan Masalah Anak-Anak Yang Cerewet Makan
  • Prihatin Kepada Makanan Yang Tidak Selamat
  • Panduan Membeli & Keselamatan Barang Mainan Si Kecil
  • Ubat!! Mama.. Adik Tak Nak!

Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata. Insya Allah.
Sharing is caring.


Stimulasi bayi di dalam kandungan dan teknik selepas hamil



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sewaktu saya mengandung anak pertama dan kedua saya tidak pernah '"stimulate" bayi saya. Saya tahu bagus untuk bersembang-sembang dengan bayi semasa hamil sewaktu mengandung anak pertama namun saya rasa seperti kelakar, segan dan kekok untuk bercakap seorang diri. Setelah mengandung anak kedua pula masa saya terlalu sibuk bersama anak sulung yang sedang lasak dan membesar juga sibuk selesaikan urusan seharian. Saya baru tahu rupa-rupanya aktiviti dengan anak boleh dimulakan seawal di dalam kandungan!



Saya terbuka hati untuk mendekati  " Al Baghdadi Prenatal Education Program'ssewaktu berjalan-jalan di ekspo pendidikan bayi dan kanak-kanak di SACC ( micf 2014 ) yang lepas. Ia sangat menarik! Kami di ajar cara untuk berkomunikasi dengan bayi dari kandungan dari seawal usia kandungan 12 minggu. Cara- cara stimulasi dan kaedah bercakap dengan bayi juga di ajar. Rupa-rupanya cara komunikasi dan mengajar anak dalam kandungan menggunakan kaedah imaginasi, suara dan urutan di perut. Paling terharu apabila kita berkomunikasi dengan bayi sambil mengusap bahagian benjolan perut "baby, mama baru ajar baby xxxxxx, jika baby faham cuba tendang sekali." Subhanallah Bayi tendang kawasan perut yang kita usap tadi." ^_^ 

Dari kelas ini saya mula yakin dan faham cara untuk beraktiviti dengan bayi seawal dari dalam kandungan. Kaedah yang dipelajari dari  "Al Baghdadi Prenatal Education Program's " boleh digunakan untuk mengajar bayi sebarang topik. Alhamdulillah sempat juga saya pelajari ilmu baru untuk kandungan ketiga. Kali ini terasa kemeriahannya apabila anak-anak sudah besar dan mereka juga boleh sama-sama berkomunikasi bersama dengan bayi di dalam kandungan. 


Saya mula mencari bahan bacaan untuk Merangsang Otak Bayi Semasa Kehamilan. Hari ini saya ingin berkongsi web menarik untuk kawan-kawan semua.
Menerusi website ini, penulis akan bongkarkan tips & teknik, Bagaimana kita boleh mendidik & mengajar anak kita supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar. E-book rahsia anak pintar dan pandai membaca ini sesuai dibaca oleh ibu yang sedang hamil juga kepada ibu yang memiliki anak di bawah umur 5 tahun. 

Isi Kandungan e-book rahsia anak pintar dan pandai membaca ini :
Pendahuluan  
Bab 1 : 10 Teknik Merangsang Otak Bayi Semasa Kehamilan 
Bab 2 : 5 Rahsia Kenapa Yahudi Bijak 
Bab 3 : Teknik Selepas Hamil 
  Umur Baru Lahir Hingga 7 Bulan 20 
  Umur Antara 7 Bulan Sehingga 1 Tahun 23 
  Umur Antara 1 Tahun Sehingga 3 Tahun 28 
  Umur Antara 3 Tahun Sehingga 5 Tahun 
Bab 4 : Panduan Pemakanan Berkhasiat  
Bab 5 : Teknik Ajar Anak Membaca 

Sharing is caring. 

Aktiviti Projek Kek Batik


Aktiviti semalam bersama anak-anak adalah memasak kek batik apabila Mawaddah "request" untuk makan Kek Batik.
Sudah tentunya sebelum memulakan aktiviti dengan anak-anak , bahan-bahan perlu dibeli dahulu. Suami pun pergilah membeli barangan yang diperlukan. Bahan yang diperlukan adalah
·        biskut Merry 1 packet,
·        1 buku butter cup 225ml,
·        2 cawan milo  atau pun holicks  coklat  
·         susu pekat 1 tin,
·        telur 2 biji 

Mula-mula Mawaddah dan Marwan patah-patahkan biskut Merry. Kemudian cairkan butter cup di atas kuali dengan kadar api yang kecil. Masukkan susu pekat gaulkan sehingga sebati diikuti dengan milo dan telur. Selepas kesemua bahan sebati masukkan biskut merry yang sudah di patah-patahkan tadi..

Resipi Original kek batik tiada telur. Menarik juga masukkan telur 2 biji sahaja ke dalam resepi. Kesannya kek batik tidak keras sangat seperti biskut dan tidak lembut sangat seperti yang biasa dijual di pasaran.

Kali ini sengaja mencuba menggunakan Horlicks coklat dan tidak mengunakan Milo. Kesannya ,masa mengacau coklat di atas api sangat cepat sebati dan sangat mudah likat dan cepat siap. Masukkan di peti ais bawah je. Tunggu 3 jam dan sudah boleh dipotong.

Tips dari youtube kek batik versi mat saleh : Letakkan plastik di bekas loyang untuk memudahkan kita mengeluarkan semua kek serentak di pinggan dan boleh dipotong seperti kek biasa dan membasuh bekas pun senang. ^_^


Tips membezakan huruf “B” DAN “D”

Kadang-kadang anak-anak kecil kerap tertukar menulis huruf antara huruf “b” dan “d”. Anak keliru dan sukar membezakan huruf b dan d”. Begitu yang berlaku pada anak saya.
“Hasil Painting kakak. Namanya Mawaddah. Huruf d dan b tertukar da… jadi mawabbah. hehe.”

Maka dengan ini saya kenalkan teknik tangan ini. Sangat berkesan! :)  Bila dia membaca pun dia buat gaya tangan ini untuk pastikan bunyi huruf adalah betul ketika membaca tanpa kita bantu. Kaedah permulaan yang baik agar anak tidak keliru antara dua huruf ini iaitu huruf “b” dan “d”.


Selamat mencuba!


Aktiviti mengajar anak membaca suku kata ( Konsep Gabungan Bunyi)

Aktiviti Gabungan bunyi. 

Sudah seminggu masuk keluar flash card nak ajar marwan membaca. Cuba dedah buku bacalah anakku untuk ajar "anak membaca", dia pandang dua minit selepas itu dia lari bermain. Akhirnya marwan mahu belajar guna kaedah bacalahanakku puan Nik ajarkan di dalam CD cabutan bertuah yang saya dapat dari seminar bacalah anakku sebelum ini. Marwan suka menghafal bila ditunjukkan terus buku. Hafal bunyi kurang bagus didalam kaedah mengajar membaca seperti  "ba , bi, bu" , "ca, ci, cu" .

Cepat memang cepat tetapi saya mahu dia faham konsep gabungan bunyi. Itu lah namanya sistem fonik yang juga boleh dipraktikan untuk membaca buku read eazy. Bila sudah faham gabungan bunyi anak boleh baca suku kata 2 huruf, 3 huruf dan 4 huruf.


Saya guna flash card bacalah anakku dan flash card sekolah mawaddah di little caliph dulu.



Marwan nampaknya suka aksi bercerita "c" mahu berkawan dengan "a". "c" berjalan sambil menyanyi "ceh, ceh, ceh " A datang juga sambil menyanyi " aaa, aaa, aaa". Setelah berkawan, rapatkan kad huruf  "c" dan "a" , mereka menyanyi bersama-sama "ca,ca,ca"  seperti ini. 



video

Menyebut tentang ajar anak membaca saya tertarik dengan satu website ini. Penulis akan bongkarkan tips & teknik, bagaimana anda boleh mendidik & mengajar anak anda supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat anak pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.
Sharing is caring. 

Popular Posts